Pages

Total Pageviews

Monday 6 April 2015

E SHOPPE NURUL IZZATI

 Teks : NURUL IZZATI IBRAHIM
 FOTO : SIMPANAN PERIBADI

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nurul Izzati binti Ibrahim Saya dilahirkan pada 28 August 1990 di Hospital Mentakab Pahang. Dibesarkan di kawasn perumahan Felda. Di Felda Kemasul . Kini merantau mengikut suami selepas khawin ke Pontian Johor. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul. Seterusnya melanjutkan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. Lpas PMR saya berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Termeloh Pahang. Tamat persekolahan saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Kini Raja Alias, Negeri Sembilan , dalam jurusan Pembuat Pakaian Lelaki .

Habis pengajian di Kolej KINI saya mendapat tawaran berkerja di Kajang Kedai Jahit Pakaian Wanita. Setelah 5 bulan berkerja sy dapat tawaran berkerja kerani marketing di sebuah kilang palstik di Cheras Jaya Balakong. Setelah setahun berkerja saja amk kerpetusan berhenti kerja kerana ingin menamatkan zaman bujang.


  
Alhamdulillah, rasa cinta yang Allah percikkan dalam hati saya sejak sekolah membawa saya dan suami ke jinjang pelamin pada  10 June 2011. Dengan pilihan hati saya Mohd Bujang Kelana Bin Mohd Yusuf .Insya Allah, rasa cinta itu mekar hingga ke hari ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami merasa nikmat anak. Allah telah mengurniakan kami seorang orang cahaya mata. Firzaana Areeqa Binti Mohd Bujang Kelana lahir pada 28 Jan 2013 Ya, Allah! Bantulah hambamu ini menjaga amanah Mu sebaik mungkin.
  
Masa mengandungkan ank sulung saya ada mengambil tempahan menjahit barut baby bedung baby tungku baby . Allhamdulilah sambutan amat banyak diri jualan online & offline.
Hampir stiap hari oder barut baby , tungku baby, bedung baby masuk. Rezki anak dalam kandungankan. Syurkur sangat. Hari-hari ruting harian menjahit n siap kan oder customer takut lah jugak kan x sempat siap dah bersalin dulu. 

                                       Barut baby tempahan customer dan bedung biasa baby


                              Tungku Baby tempahan customer sekali oder 3 tungku.


               Nie contoh bedung baby biasa.. ( nie lah model bedung mama putri mama)


 Sambil siap kan oder customer sempat jugak selitkan jahitan set tilam baby buat cahaya mataKu yang bakal lahir. Stop jahit barut dua hari nk siap kan set tilam baby.

 Akhirnya terhasil lah set tilam kekabu baby. Besar dari saiz biasa blh guna untuk baby coat.

Pengalaman bisnes lepas bersalin saya join seri dewi malam. hampir stahun juga saya degan sri dewi malam. Pada 18 november 2013 saya join even kt plaza angsana johor baharu. Untuk buat promosi & bertemu customer disana. Dibawah ada lah gambar masa di angsana waktu di booth seri dewi malam.


 Pada tahun 2014 saya jual barang diy spa yang bernama srisari herbs dkt setahun juga saya jd agen srisari herbs nie. Sampai lah saya pon terjatuh cinta untuk berlajar asas spa utk buat mobile spa & homespa..

        waktu seblum kelas asas spa berlangsung . Nie adalah peralatan utk facial spa & body spa.






kelas spa dah habis. Barang mobile spa & homespa  dah redy untuk servis customer facial & body spa.


Nak taw macam macam mana pulak boleh jual Gel Amani & jadi stokis gel amani nie pulak. Kisahnya bermula bli untuk kegunaan mak dikampung. Mak bagi tahu yg lutut nya sakit dri raya haji yg lpas sbab angkat air waktu ketiadaan air diwaktu raya haji tu. Dari situ lututnya tidak baik-baik lagi. Gel Amani nie pulak hari- hari dok lalu dpn wall facebook bagi taw elok untuk sendi urat sakit lutut , ada yang guna boleh bangun dan solat dengan sempurna. Apa lagi lepas servis n baca maklumat tentang gel amani terus buat payment untuk mak dikampung..

nie lah gel amani yang nurul cite tadi. bantu ibu ayah kembali sihat dengan gel amani dan tersenyum.

InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan dairi online nurul izzati  saya catatkan sedikit pengenalan diri saya dan perkembangan bisnes saya


Dengan menyertai ABDR, saya ingin mencari ilmu baru tentang pengurusan bisnes online melalui blog. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang jauh lebih berpengalaman, mungkin dapat memberikan semangat dan panduan yang lebih berguna untuk dunia dan akhirat. Terima kasih untuk semua yang sudi menerima diri ini seadanya terutama cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Salam perkenalan dari saya.

Wassalam